“Saya Hilang Segala-Galanya” – Siti Bainun Akui Hidup Musnah Lepas Kes Bella Tular

27 Jan 2023 • 12:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa dia dikecam dan diugut bunuh setiap hari sejak video kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella tular di media sosial.

Menurut laporan Awani, Bainun berkata dia juga kehilangan pekerjaan dan perniagaan makanan yang diusahakan kerana dipulaukan oleh orang ramai.

Pengasas berusia 31 tahun yang hadir ke Mahkamah tanpa diwakili peguam itu memaklumkan bahawa tindakan saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin menyebarkan video Bella telah menyebabkan dia hilang segala-galanya.

image is not available

Saya dikecam dan diugut bunuh sejak daripada kes ini tular sehingga ke hari ini, hampir setiap masa.

Menurut Bainun, Rumah Bonda juga ditutup dan dia sudah memulangkan rumahnya yang diubah suai bagi tujuan keselesaan penghuni dengan wang sumbangan.

Saya hilang pekerjaan, perniagaan makanan saya seperti dipulaukan. Pendek kata, saya hilang segala-galanya kerana tuduhan tak berasas ke atas saya ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, Bainun turut meluahkan rasa bimbang dan takut akan keselamatan dan nyawa dirinya setiap kali keluar dari rumah.

Saya dapatkan rawatan di hospital pun, ada jururawat yang cuba membahayakan saya.

Malah, Bainun memaklumkan peguamnya juga terpaksa ‘masuk campur’ bagi memastikan keselamatan dirinya.

image is not available 5 hari lalu

Berlaku Perselisihan Faham, Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Liga Super Bergaduh Di Restoran