“Saya Hormat Budaya Sini” – Taemin SHINee Dipuji Elak Buka Baju Ketika Konsert Di Malaysia

LocalEntertainment
8 Sep 2024 • 6:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Susah kan nak tengok ahli SHINee datang Malaysia?

Tapi tidak bagi ahli termudanya, Taemin apabila dia membawa konsert jelajah solo [Ephemeral Gaze] IN KUALA LUMPUR di Stadium Malawati, Shah Alam kelmarin.

Mempersembahkan pelbagai lagu popular miliknya seperti ‘Move’, ‘Guilty’, ‘Deja Vu’, ‘Heaven’, Criminal’, ‘Danger’ dan banyak lagi namun ramai yang perasan Taemin mengubah sedikit persembahan berbanding di negara lain.

Akuinya, dia memilih untuk tidak membuka baju ketika persembahan lagu ‘Guilty’ seperti kebiasaannya. Jelasnya,

Biasanya, ketika ‘Guilty’, saya akan membuka baju namun kita lihat sahaja persembahan itu di negara lain kerana saya menghormati budaya di sini (Malaysia).

Sebab itulah Taemin menjadi kesukaan ramai kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article