“Saya Hormati Perasaan Bekas Isteri” – Afdlin Shauki Dedah Sudah Temui Cinta Baru, Akan Kongsi Bila Bersedia

Entertainment
22 Feb 2023 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki mendedahkan bahawa dia kini sudah menemui cinta baharu setelah hampir setahun bergelar duda.

Namun begitu, Afdlin berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi hal peribadinya itu kepada umum kerana menghormati bekas isterinya, Datin Maria Christina Orow Abdullah.

Sebenarnya saya masih tidak bersedia untuk bercakap apa-apa mengenai perkara ini (pasangan baru). Pada saya, satu benda yang ingin ditekankan adalah saya masih menghormati bekas isteri.

Meskipun sudah bercerai, Afdlin dan bekas isteri masih berhubung sebagai rakan baik selain tetap memberikan nafkah kepada anak-anak dan Maria.

Insya-Allah, suatu hari nanti saya tetap akan berkongsi mengenai status terkini saya. Sekarang saya tidak bersedia lagi.

Terdahulu, Afdlin dan bekas isteri mengumumkan perceraian setelah hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

image is not available 15 jam lalu

(VIDEO) "Mana Satu Yang Ori? Tak Ada Beza" - Ramai Teruja Tengok Pak Ya Ada Kembar Seiras, Suara Pun Sama!