
Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson mendedahkan dia sempat menghubungi ibu mentuanya untuk memohon maaf sepanjang dia bersama keluarga tersebut.
Namun dia berkata respon yang diterimanya amat menyedihkan.
Iya, baru-baru ini saya memang ada call ibu mentua saya dengan niat nak mohon maaf sebab tak dapat jaga dan bersama anak dia (Zackery).
Tetapi respon yang saya terima daripada dia (ibu mentua) memang kurang baik dan agak menyedihkan untuk saya ketika itu.

Saya faham buruk baik, Zackery anak dia. Tak mengapa kalau dia tak dapat terima niat baik saya itu. Saya faham.
Yang penting saya ikhlas untik minta maaf kepada dia (ibu mentua) kerana saya fikir saya pernah menjadi sebahagian keluarga itu.
Walau bagaimanapun, menurut Gempak, Zahnita meluahkan dia tetap bersyukur dan berterima kasih kerana keluarga itu pernah menerimanya menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Susulan itu, Zahnita memberitahu bahawa dia mengambil keputusan untuk bercerai kerana tidak mampu lagi bertahan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dia juga memberitahu bahawa dia tidak akan memberi peluang kedua buat Zackery.
Tidak! Tidak mungkin saya akan kembali bersama dia (Zackery). Saya boleh maafkan dia tapi untuk melupakan apa yang berlaku terhadap saya sebelum ini tidak mungkin.
Saya cukup trauma.
"Doa Ibu Mengiringi Perjalanan Saya Hari Ini" - Zahnita Wilson Nekad Failkan Cerai
The post “Saya Hubungi Ibu Mentua Saya Dengan Niat Nak Minta Maaf Tapi…” – Zahnita Wilson Akui Sedih Dengan Respon Yang Diterima first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


