“Saya Ingat Awak Makan Pil?!” – Teruja Nak Buat ‘Suprise’ Tapi ‘Partner’ Berang Wanita Hamil

Entertainment
21 Nov 2022 • 2:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan sudah banyak kali kita lihat video di platform media sosial pasangan suami isteri gembira apabila dikhabarkan mereka bakal menimang cahaya mata setelah mendirikan rumah tangga.

Malah, kadang-kadang detik yang dikongsikan oleh pasangan berkenaan mampu membuat kebanyakkan netizen tersentuh hati apabila melihatnya.

Bagaimanapun, lain pula yang terjadi kepada wanita ini apabila teruja untuk berkongsikan berita kehamilannya kepada suami, namun reaksi suaminya tidak memberangsangkan.

Lelaki tersebut kelihatan sangat kecewa bila mengetahui wanita terbabit hamil serta terkejut campur marah mendengar khabar berita berkenaan.

Melalui video itu, banyak kali lelaki berkenaan bertanya kepada wanita tersebut sama ada ambil atau tidak pil pencegah kehamilan kerana dirinya masih belum bersedia untuk mempunyai anak.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, netizen mempunyai pandangan yang berbeza-beza, dimana ada yang memahami perasan suami dan dalam pada masa yang sama bersifat neutral.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Saya Pandang Lebih Pada Hati" - Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, Mas Khan Cari Cara Lain Tambah Pahala