“Saya & Isteri..” – Berehat Dari ‘Running Man’ Dek Sakit, Ji Sukjin Kongsi Keadaan Terkini

8 Jan 2024 • 4:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Mesti ramai kan yang rindu nak tengok Ji Suk-jin dalam “Running Man”?

Sebelum ini, SBS telah mengumumkan bahawa Ji Suk-jin akan berehat sebentar dari sertai “Running Man” sebab masalah kesihatan.

Terbaru menerusi video di saluran Kim Jong-kook, lelaki itu telah menelefon Ji Suk-jin dan bertanya mengenai khabarnya kini,

Awak tengah buat apa? Ada seseorang suruh saya telefon awak dan bertanya khabar.

Respon Ji Suk-jin,

Saya sedang melihat telefon bimbit saya dan nama awak terus muncul. Isteri saya sedang membeli barang jadi saya menunggu di dalam kereta. Saya menjadi pemandunya. Kami pergi pasar raya bersama-sama, pergi ke pasar dan saling berpelukan.

image is not available

Balas Kim Jong-kook kembali,

Suara awak kedengaran sihat dan sangat bagus. Saya ingin ucapkan selamat tahun baru. Hyung, sila kekal sihat dan bersedia dengan baik. Saya seronok dengar suara Suk-jin yang sihat.

Semoga Ji Suk-jin cepat sihat dan dapat sertai “Running Man” kembali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved