“Saya Jadi Takut..” – Janna Nick Tampil Bersuara Isu Lontarkan Kata Kesat Di Tanah Suci Mekah

Entertainment
1 Nov 2023 • 12:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pelakon terkenal, Janna Nick teruk dikecam apabila dia melontarkan dialog tidak sopan ketika penggambaran sebuah drama bersiri lakonannya di Tanah Suci Mekah.

Bukan tu jer, perkara itu juga telah menarik perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun yang berkata bahawa pihak produksi tidak sepatutnya membenarkaan skrip itu diguna pakai di sana.

Menurut laporan Xtra, Janna akui ia bukanlah mudah untuk dirinya melakonkan watak jahat dalam drama tersebut dan watak ini merupakan paling jahat yang pernah dilakonkan olehnya.

Ada kala apabila saya tengah shoot, terutama di Mekah dan Madinah, saya jadi takut untuk teruskan scene tertentu. Risau perkataan yang jahat dari mulut watak Misha tu dimakbulkan.

Janna Nick juga berkata yang dia sentiasa istighfar setiap kali dirinya mengungkapkan kata-kata kesat atas tujuan kerja. Kalau begitu, baguslah kan..

Untuk info, drama lakonan Janna, Surat Dari Tuhan itu merupakan terbitan Mache All Star United Sdn Bhn dan diarahkan oleh Pali Yahya.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.