“Saya jaga rakyat Malaysia..” – PM Anwar tempelak pihak pertikai harga RON95 bukan untuk pelancong

LocalPolitics
27 Jul 2025 • 12:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga petrol RON95 bersubsidi RM1.99 seliter hanya dinikmati rakyat Malaysia, manakala warga asing termasuk pelancong perlu membayar harga pasaran semasa.

Beliau berkata, pendekatan itu sejajar dengan dasar Kerajaan MADANI yang menekankan keadilan sosial dan memastikan subsidi besar daripada kerajaan hanya memanfaatkan rakyat tempatan.

“Minyak petrol RON95 untuk rakyat Malaysia, kita jual RM1.99. Tetapi untuk warga asing dan pelancong termasuk dari Singapura, mereka akan bayar harga pasaran, RM2.50 atau RM2.60 seliter.
“Ini bukan diskriminasi, tetapi dasar negara berdaulat yang menjaga rakyatnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas, di sini hari ini.

image is not available

Kredit Foto: BERNAMA

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan.

Anwar turut menyelar kenyataan seorang pemimpin pembangkang dari Johor yang didakwa mempertikaikan dasar penyasaran subsidi itu.

image is not available

Kredit Foto: BERNAMA

“Ada pemimpin pembangkang tanya kenapa warga asing kena bayar lebih? Saya tidak faham. Saya Perdana Menteri Malaysia.
“Orang asing tak bayar cukai pun macam rakyat. Di negara mana orang asing dapat subsidi macam warga sendiri? Tanggungjawab saya pertama ialah jaga rakyat Malaysia,” katanya lagi.

image is not available

Kredit Foto: BERNAMA

Menurut beliau, langkah penyasaran subsidi itu dijangka menjimatkan perbelanjaan negara yang sebelum ini turut dinikmati oleh warga asing yang tidak menyumbang secara langsung kepada ekonomi.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan kerajaan tidak menaikkan harga minyak sesuka hati, malah harga bahan api di negara ini masih kekal antara yang terendah di rantau ini.

“Kalau tidak percaya, pergi tengok harga minyak di Singapura, Thailand, Indonesia semua jauh lebih tinggi.
“Kita masih mampu beri RM1.99 kepada rakyat. Itu tanggungjawab saya,”ujar beliau.

image is not available

Tambah beliau, penjimatan hasil rasionalisasi subsidi akan digunakan untuk memperkukuh program kebajikan, pembangunan luar bandar serta menaikkan kadar gaji minimum secara berperingkat, termasuk untuk penjawat awam dan pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sumber: BERNAMA