“Saya jawab rileks kan? Takda rapping-rapping kan?” -Noh Salleh

5 Feb 2024 • 4:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Saya jawab rileks kan? Tak ada rapping-rapping kan?”

Pertanyaan yang dilontarkan vokalis terkenal, Noh Salleh di Insta Story merujuk kepada jawapan yang diberikan sewaktu disoal media seusai proses di mahkamah pagi tadi menjadi perhatian.

image is not available

Noh cakap pasal siapa?

Dia yang membuat hantaran ulang temubual bersama media berkenaan perkembangan kes melibatkan hak penjagaan anak angkat dan bekas isteri seakan merujuk kepada ‘seseorang’ yang sama-sama memberi kenyataan kepada media di luar mahkamah.

image is not available

“Saya jawab rileks kan? -Noh Salleh, suami Mizz Nina minta hubunginya

Difahamkan, bekas isteri, Mizz Nina yang diwakili suaminya, Essam Muhammad telah menarik semula kes hak penjagaan penuh terhadap Musa.

image is not available

Noh Salleh terkejut kes penjagaan penuh ditarik semula

Disebabkan itu, Noh mengakui terkejut dan tertanya-tanya apa sebenarnya ‘permainan’ yang sedang direncanakan oleh bekas isteri.

Dalam pada itu, memetik laporan dari Harian Metro, Essam yang mewakili isterinya ketika bertemu media menyatakan yang Noh telah memberi infomasi salah berkenaan nama penuh Musa serta meminta penyanyi itu untuk tidak mencari Mizz Nina.

Ujarnya, sebarang hal berkenaan kes tersebut boleh berhubung terus dengannya melalui direct message (DM) di Instagram.

image is not available

Terdahulu, vokalis kumpulan Hujan itu menafikan dakwaan dirinya menculik Musa pada 19 Disember lalu seperti yang didakwa oleh bekas isterinya iaitu Mizz Nina.

Noh telah diwakili oleh dua orang peguam iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin.

Manakala Mizz Nina yang tidak hadir dalam prosiding tersebut telah diwakili suami bersama peguamnya, Fakhrul Azman.

Sumber: Harian Metro(Georgie Joseph), Instagram muhammadnohbinsalleh