“Saya Jujur” – Bukan Suntingan, Son Sukku Akui Dedah Punggung Depan Jeon Jongseo Dalam ‘Nothing Serious’

19 Mar 2024 • 11:54 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Korang pernah layan tak filem yang diterajui Son Suk-ku dan Jeon Jong-seo berjudul “Nothing Serious”?

Bagi yang belum tahu, “Nothing Serious” mengisahkan tentang seorang wanita dan lelaki yang mempunyai kisah percintaan unik kerana mereka menyembunyikan nama, perasaan dan sebab mereka untuk dating.

Terbaru dalam saluran YouTube Shin Dong-yeop “Zzan Bro”, Son Suk-ku berkongsi mengenai adegan intimnya bersama Jeon Jong-seo dalam filem berkenaan. Kongsinya,

Ketika saya menjalani penggambaran ‘Nothing Serious’, terdapat satu adegan di mana punggung saya ditunjukkan di hadapan Jeon Jong-seo.

image is not available

Sambungnya lagi,

Pada masa itu, pihak produksi memberitahu saya ‘Awak boleh menggunakan stand-in (pelakon pembantu) jika tidak selesa kerana bahagian belakang ditunjukkan’. Tetapi saya berkata bahawa saya akan melakukannya dan saya memang melakukannya. Berbanding rasa yakin, saya rasa saya hanya perlu jujur.

Betul-betul komited ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article