Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu

LocalPolitics
22 Feb 2024 • 12:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Orang ramai hadir bagi memberi penghormatan terakhir untuk jenazah Abdul Taib pada Istiadat Penghormatan negeri di DUN Sarawak pagi ini. Foto Bernama

KUCHING - Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, Abdul Taib ialah sahabat baiknya serta telah banyak menyumbang untuk Sarawak.

"Tiada siapa di Sarawak setakat ini yang mempunyai rekod yang sama dalam pentadbiran seperti Tun Abdul Taib. Terima kasih Tun...saya tak boleh lupakan apa yang telah Tun lakukan untuk membantu saya, keluarga saya dan Sarawak.

"Tun telah memberi 61 daripada 87 tahun hayatnya untuk rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini pada Khamis.

Pagi ini, jenazah Abdul Taib dibawa ke bangunan itu bagi memberi peluang kepada orang ramai, orang kenamaan dan anggota Kabinet memberi penghormatan terakhir, bermula 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Solat jenazah dijadual diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Abdul Taib yang juga digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi Rabu di sebuah hospital di Kuala Lumpur. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved