“Saya Kekal Dengan Perancangan Asal..” – Nora Ariffin Tekad Failkan Penceraian Terhadap Suami, Serah Pada Mahkamah Buat Keputusan

LocalEntertainment
4 Jun 2025 • 10:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin nekad untuk terus memfailkan penceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli pada sebutan kali kedua proses pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

Memetik laporan Kosmo! Online, Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, dia melantik kakak angkatnya, Rafeah Ariffin sebagai JKP yang akan mewakilinya untuk proses tersebut.

image is not available

Setakat ini tak ada (tarik fail). Saya kekal dengan perancangan asal.

 

Tapi, apa pun saya serahkan kepada pihak mahkamah.

Pada 21 April lalu, penyanyi Nora tampil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk memfailkan permohonan cerai selepas usaha menyelamatkan rumah tangganya gagal menemui jalan penyelesaian.

image is not available

image is not available

image is not available

Namun, pada sebutan pertama kes yang berlangsung pada 6 Mei, suaminya, Rushdi, enggan melafazkan cerai. Jelasnya, dia masih menyayangi Nora dan berharap perkahwinan mereka dapat diselamatkan.

Rushdi turut menegaskan bahawa dia tidak mahu perceraian berlaku kerana ia merupakan perkara yang ditegah dalam Islam.

image is not available 1 week ago

Spontan Luah Rasa Gembira Suami Tak Nak Cerai, Nora Ariffin Akui Silap - "Saya Tak Sepatutnya Cakap Macam Itu.."