“Saya Kena Rujuk Bahagian Bedah Mulut..” – Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi, Shuhada Terpaksa Bukak ‘Braces’

24 Mar 2023 • 1:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pernah memuat naik hantaran foto di laman Instagram memaparkan dirinya memakai pendakap gigi atau braces.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempersoalkan mengenai pendakap giginya itu selepas melihat dia kerap memuat naik gambar tanpa memakainya.

Menerusi ruangan komen di laman Instagram, Shuhada memaklumkan bahawa dia terpaksa membuka pendakap giginya gara-gara kecederaan yang dialami.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia turut terpaksa merujuk kecederaan tersebut ke bahagian bedah mulut dan maksilofasioal.

Atas sebab tertentu kena bukak braces, my injury refers to bahagian bedan mulut dan maksilofasial.

image is not available

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (MyHEALTH), kecederaan Shuhada merujuk di kawasan mulut dan rahang iaitu merangkui di bahagian kawasan bertulang atau struktur daging iaitu isi muka.

Malah, kecederaan tersebut boleh menyebabkan mangsa mengalami kesukaran bernafas, bercakap dan makan.

Terdahulu, Hafidz Roshdi ditahan polis selepas didakwa menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali sehingga mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Saya Bukan Ibu Yang Baik Kalau Sokong Anak Buat Salah & Aniaya Isteri" - Datin Patimah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved