
PENYANYI popular, Adira Suhaimi meluahkan rasa terkilan apabila bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu Bakar atau Datuk Red didakwa mengemukakan syarat tambahan bagi menggugurkan perbicaraan pengesahan lafaz rujuk yang berlangsung hari ini.
Menurut Adira, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red bukan sahaja menuntut bayaran sebanyak RM100,000, malah menetapkan syarat agar dia menarik balik saman sivil yang telah difailkan sebelum ini.
"Saya sebenarnya agak terkilan kerana saya harapkan perkara ini selesai pada hari ini. Ia pun sudah lama, tetapi bukan rezeki untuk selesai hari ini.
"Saya juga terkilan dengan tuntutan yang Datuk Red kemukakan terhadap saya dua, tiga hari sebelum ini.
"Sebelum ni, dia ada buat tuntutan dan kata boleh batalkan serta mengaku depan hakim yang rujuk itu tidak berlaku. Sekiranya saya ikut syarat dia dan syaratnya adalah untuk gunakan saman sivil saya terhadap dia atas tuntutan hutanglah.
"Tuntutan hutang dan juga hutang. Dia nak saya drop kes tuntutan hutang itu. Dan tambah lagi satu dia nak saya bagi dia duit RM100,000 untuk dia batalkan dan juga batalkan rujuk inilah.

"So itu adalah antara syarat yang diberikan kepada saya tetapi malangnya saya tidak bersetuju.
"Sebab saya fikir saya kerja pagi petang siang malam, saya ada empat tanggungan (anak) dan saya rasa Alhamdulillah saya tidak pernah pun susahkan dia. Dan itu adalah tuntutannya dan saya agak terkejut. Tergamaknya dia," kongsinya.
Adira mengakui turut kecewa dengan tuntutan yang dikemukakan bekas suaminya atas segala pengorbanannya membesarkan cahaya mata mereka.
"Sanggupnya dia bagi tuntutan macam itu terhadap bekas isteri dia yang bertungkus-lumus menjaga anak-anaknya tanpa susahkan dia pun sebenarnya. So itu adalah antara tuntutan yang dia bagi saya yang saya tidak bersetuju dan maka berlakulah perbicaraan tadi.
"Saya rasa kalau saya boleh bagi dia RM100,000, dia sudah batalkan (rujuk). Saya cukup bersyukur sebab saya masih dapat lagi menahan emosi. Itulah itu je yang penting tapi saya rasa apa yang dia buat tuntutan dekat saya tu memang tak patut," tutur Adira.

Sementara itu, Datuk Red pula menafikan dakwaan Adira berkenaan syarat bayaran RM100,000 bagi menggugurkan kes pengesahan rujuk di mahkamah.
Katanya dia tidak pernah membuat sebarang tawaran seperti yang didakwa termasuk meminta Adira membatalkan kes saman sivil membabitkan hutangnya.
Ujarnya lagi, tujuannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk adalah untuk mendapatkan kepastian mengenai status hubungan mereka dari sudut syarak.
"Tidak, kita tidak membuat tawaran secara rasmi. Benda ni bukannya untuk dijual beli. Saya sebagai seorang lelaki, seorang suami, saya cakap gentle, andai kata rujuk ini tidak sah, tak apa tak sah. Jangan takut.
"Jangan takut. Sabar peminat Adira dan kawan-kawannya atau sesiapa. Kalau wujud ni sah, tak ada masalah. Saya sendiri yang pergi mohon, jangan risau benda ni. Tak ada macam nak jual beli ke apa semua kan. Tak ada masalah," kongsinya.
Dalam masa yang sama, bapa kepada sembilan cahaya mata itu mendedahkan dirinya bukan tidak mahu move on atau gila talak.

Malah beliau juga tidak berhasrat meneruskan perkahwinan tersebut yang didakwa tidak sihat dan toksik.
"Ini hanya untuk memudahkan sahaja. Kalau bukan sah rujuk ini sah maka ia sah. Jika tidak, tiada masalah. Jangan takut. Saya sendiri yang akan pergi kerana perkahwinan ini kalau saya teruskan juga, ia jadi toksik.
"Orang ingatkan saya ini tidak boleh move on dan gila talak, tak mengapa.
"Ini bukannya bermaksud saya hadap sangat hendak kahwin dengan dia, tidak. Saya hendak pengesahan sahaja.
"Saya ni kalau ikutkan, hendak buat di luar mahkamah tetapi peguam saya tak bagi kerana boleh kena penjara," kongsinya.
Dalam pada itu, Datuk Red juga berharap prosiding rujuk yang berlangsung di mahkamah dapat diselesaikan segera tanpa terus berpanjangan.
"Saya pun minta benda ini selesai cepat. Kalau ikutkan, ia boleh selesai cepat, Tapi perbicaraan Adira pun tidak hadir, lepas itu pertukaran hakim. Ia jadi lambat.
"Kita hanya hendak mengesahkan sahaja, bukannya bicara ambil kuasa hak anak ke apa. Ini hanya pengesahan rujuk sahaja," kongsinya.
Datuk Red terdahulu memfailkan memfailkan pengesahan rujuk Disember lalu Mahkamah Syariah Gombak Barat.
Untuk rekod, Datuk Red dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April 2024 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 2.
Datuk Red turut menceraikan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.
Sumber: Instagram 1, 2






