
Tiada Pada Waktu Kritikal, MB Terengganu Mohon Maaf Kepada Mangsa Banjir & Rakyat Terengganu
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini melalui satu video yang dimuat naik di laman facebooknya memohon maaf kepada seluruh rakyat Terengganu, terutamanya mereka yang menjadi mangsa banjir.
Permohonan maaf itu dibuat selepas beliau tiada di negeri tersebut ketika banjir buruk melanda diantara 18 hingga 21 Disember lepas.
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai situasi banjir yang diadakan di Pejabat Daerah Kemaman.
”Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesal saya yang tidak terhingga juga kerana saya tidak dapat bersama mangsa-mangsa banjir di lapangan terutamanya untuk tempoh daripada 18 hingga 21 Disember.
”Untuk rekod, saya ada turun bertemu dengan mangsa banjir pada peringkat awal fasa pertama iaitu pada 9 dan 10 Disember.
”Oleh kerana saya tidak dapat bersama dengan mangsa-mangsa banjir pada tempoh 18 hingga 21 Disember, iaitu pada waktu kritikal, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan daripada seluruh mangsa banjir dan rakyat Terengganu di atas apa yang telah berlaku,” katanya.
Beliau turut memahami ketika ini, walau apa pun alasan yang diberikannya tidak akan mampu membetulkan keadaan dimana dirinya tiada bersama rakyat dalam situasi sebegini.
Namun begitu, dalam tempoh ketiadannya, beliau menegaskan bahawa sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan semasa banjir dalam negeri.
Katanya lagi, komunikasi antara dirinya selaku Menteri Besar dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana sentiasa berlaku. Malah, semua keputusan yang memerlukan kelulusan darinya dapat diteruskan menerusi perbincangan yang dibuat bersama jawatankuasa berkenaan.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri sudah membuat persiapan rapi untuk berdepan dengan monsun ini, namun cuaca yang terlalu ektream diikuti hujan terlalu lebat menyebabkan beberapa kawasan di Terengganu dilanda banjir luar biasa.
Sumber: FB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Sinar Harian
The post “Saya Kesal….”, Tiada Pada Waktu Kritikal, MB Terengganu Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

![[VIDEO] Tiada ketika banjir buruk, MB Terengganu mohon maaf](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![“Anggap rezeki untuk kamu” – [VIDEO] Peniaga Pasrah Kedai Gajet Banjir, Sedekah Je Jika Masih Berfungsi](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
