“Saya Kini Dalam Fasa Bahagia” – Zahnita Wilson Sah Bertunang, Ulas Bab Penjagaan Anak

LocalEntertainment
4 Aug 2026 • 10:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan model, Zahnita Wilson mengesahkan dirinya kini sudah bergelar tunangan selepas selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka dalam sebuah majlis yang berlangsung baru-baru ini.

Bagaimanapun, Zahnita memilih untuk tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut kepada umum. Ibu kepada empat cahaya mata itu hanya berkongsi bahawa nama tunangnya bermula dengan huruf ‘F’.

Advertisement
View this post on Instagram

“Ya, saya sudah bertunang. Alhamdulillah, saya kini berada dalam fasa bahagia.

“Buat masa ini, saya belum bersedia memperkenalkan siapa dia kepada umum. Dia bukan orang industri. Cukuplah saya beritahu nama pangkalnya ialah ‘F’,” katanya ketika ditemui pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2026 menampilkan Rizman Ruzaini.

Menurut Zahnita, tunangnya merupakan seorang duda tanpa anak dan tidak terlibat dalam dunia hiburan. Katanya, sifat penyayang, mudah berkomunikasi dan sikap memahami dimiliki lelaki itu menjadi antara sebab dia yakin untuk melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

Dalam perkembangan sama, Zahnita turut menjelaskan keputusan menyerahkan hak penjagaan keempat-empat anaknya kepada bekas suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, dibuat secara sukarela demi masa depan mereka.

“Saya merasakan dia lebih berkemampuan daripada segi kewangan, manakala saya pula belum mempunyai pendapatan yang benar-benar stabil. Semua ini saya lakukan demi masa depan anak-anak,” katanya.

Walaupun hak penjagaan kini berada di bawah bekas suaminya, Zahnita berkata dia masih bebas bertemu anak-anak pada bila-bila masa dan segala urusan berkaitan mereka akan dibincangkan apabila diperlukan.

“Dia Tinggal Anak Ketika Aidilfitri Dan Tak Ambil Balik” – Bekas Suami Zahnita Dakwa Hak Penjagaan Diberi Tanpa Sebarang Paksaan

“Ada masanya saya menangis kerana terlalu rindukan mereka. Namun, saya sedang belajar menerima kehidupan baharu dan menghargai masa untuk diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Zackery memaklumkan menerusi Instagram bahawa Zahnita menyerahkan hak penjagaan kekal keempat-empat anak mereka kepadanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Saya Kini Dalam Fasa Bahagia” – Zahnita Wilson Sah Bertunang, Ulas Bab Penjagaan Anak2026-08-04 09:12:46

Ameera Khan Jual 'Tester' Coklat RM9 Sebotol, Netizen Kecewa Dapat Tak Semenggah - "Macam Tahi Kucing Salut Tofu"

The post “Saya Kini Dalam Fasa Bahagia” – Zahnita Wilson Sah Bertunang, Ulas Bab Penjagaan Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved