“Saya Kini ‘Single’ Tapi Tak ‘Available'” – Pengacara TV3 Bergelar Jutawan, Nadia Annuar Sah Bercerai Kali Kedua

4 Oct 2023 • 12:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan dan personaliti TV Nadia Annuar, 39, memaklumkan dia kini tidak lagi bergelar isteri orang setelah bercerai setelah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun bersama suami, usahawan Hafiz Salleh.

Ujar Nadia, dia ingin berehat daripada menjalinkan hubungan cinta atau mempunyai sebarang ikatan baru.

Saya kini single tapi tidak available. Saya nak rehat daripada bercinta atau mempunyai sebarang hubungan.

Mummy pun suruh saya fokus pada diri sendiri dan buat apa yang saya inginkan termasuk fokus kepada anak-anak.

Katanya lagi, dia mempunyai dua orang anak namun tidak tinggal bersama di atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun mereka tidak tinggal bersama tetapi saya cuba untuk sentiasa ada ketika anak-anak memerlukan.

Mengenai langkah seterusnya, Nadia berkata dia ingin fokus kepada kerjaya pengacaraan pelbagai bahasa seperti Melayu, Inggeris dan Thailand.

image is not available

Sumber : Google  

Sekadar info, Nadia mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Hafiz pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sebelum itu, dia pernah bernikah dengan Sulaiman@Mohd Helmi sebelum bercerai pada Oktober 2010 dan turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohamed Aaron Erwin yang kini berusia 14 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Kalah Makan Kat Hotel" - Harga Cekik Darah, Ekin Mawi Terkejut Harga Makanan Seafood Di JB Cecah RM1.2K