Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun merupakan salah seorang penceramah yang aktif memberikan nasihat di media sosialnya.
Ustazah Asma’ banyak mengulas mengenai isu semasa atau perkara viral yang berlaku untuk manfaat semua. Beliau juga aktif ke majlis ilmu yang turut dihadiri ramai orang tanpa mengira status.
Terbaru, ustazah menjelaskan mengenai kritikan yang diterimanya gara-gara bergambar dengan anak Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid iaitu Nurulhidayah.
Jelas ustazah, selepas menyampaikan ceramah beliau akan menyantuni semua jemaah sehingga jemaah terakhir. Gambar bersama individu itu diambil selepas satu majlis ilmu. Anak Datuk Seri Zahid Hamidi datang perkenalkan diri dan mahu mengambil gambar.
Saya dikata tali barut, penunggang agama, penjual agama.
Malah, gambar dengan Ifa Raziah turut menjadi modal kepada netizen mengkritiknya sehingga ada yang menggelarnya dengan pelbagai nama binatang.
Meskipun begitu, tetap ada orang yang ikhlas menerima kebaikan dan beliau perlu kuat. Beliau juga memaafkan semua dan langsung tidak menyimpan di dalam hati.
Beliau tidak akan menuntut apa-apa di dunia dan akhirat meskipun beliau sebenarnya boleh mengambil tindakan undang-undang.
Iyalah kalau bukan ustazah yang beri nasihat, siapa lagi kan? Semoga kita semua dapat berubah ke arah kebaikan.