'Saya Mahu Bermain Muzik Dengan Kalian Sampai Tua' - Pusakata, Payung Teduh Bergabung Kembali

Music
30 Nov 2022 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Parade Hujan bakal berkongsi pentas buat pertama kali bersama-sama band ikonik Indonesia, Efek Rumah Kaca dalam konsert Senandung Malam di Zepp KL. - Gambar dari Neptunes Presents

Selepas lima tahun membawa laluan masing-masing, takdir membawa kembali Pusakata dan Payung Teduh untuk berdamai dan meneruskan perjuangan muzik bersama-sama. 

Penyatuan semula dua entiti pemuzik berpengaruh Indonesia dengan nama baharu, Parade Hujan disambut gembira oleh peminat. 

Lebih istimewa lagi, Malaysia bakal menyaksikan persembahan Parade Hujan buat kali pertama menerusi konsert malam ini. 

“Kalau cuma mahu mengulang muzik yang sama,saya tidak mahu. Namun saya katakan kepada mereka (Payung Teduh) saya mahu main muzik sampai tua dengan kalian. Beri saya kesempatan untuk melakukan perkara yang tak pernah saya lakukan bersama-sama kalian.

“Mereka juga menerima syarat itu dengan terbuka. Saya jujur sahaja, bisnes masih ada dan banyak orang melakukannya kerana perniagaan. 

Lagi pula lagu-lagu saya di Pusakata juga bersambung dengan lagu-lagu saya yang ada di Payung Teduh,” kata vokalis Parade Hujan, Istiqamah Djamad kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media konsert Senandung Malam. 

Bercerita mengenai nama Parade Hujan, masing-masing mengakui payung dan hujan sangat dekat dengan identiti band mereka. 

“Nama Parade Hujan datang daripada saya, kami buat pertandingan pilih nama kumpulan, mereka juga sepakat memilih Parade Hujan. 

“Kita tidak boleh lari daripada citra hujan, di Indonesia ada yang cakap kalau Payung Teduh buat persembahan pasti hujan berhenti kecuali festival di Bandung,” sambung Is sambil ketawa. 

Walaupun bergerak solo selama lima tahun selepas keluar daripada band Payung Teduh pada tahun 2017. Namun Iz mengakui, nama dan kenangan Payung Teduh sentiasa ada di dalam ingatannya. 

“Semasa bergerak sebagai Pusakata, saya ubah semua komposisi muzik bagi menghormati  Payung Teduh. 

“Bagi saya Payung Teduh tidak pernah hilang, saya juga selalu melihat mereka di media sosial. Sebelum berdamai kita berjumpa bergaduh dulu,” tambahnya.

Parade Hujan bakal berkongsi pentas buat pertama kali bersama-sama band ikonik Indonesia, Efek Rumah Kaca dalam konsert Senandung Malam anjuran Neptunes Presents di Zepp KL.  Tiket konsert telah habis licin selepas 50 minit jualan dibuka pada Oktober. – Getaran, 30 November 2022 

View Original Article