“Saya Makin Kenal Siapa Kawan ‘Tikam Belakang’..” – Hattan Syukur Kerjaya Tak Terjejas Dek Kontroversi Selar Wartawan

4 May 2023 • 9:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas teruk dikecam dek menyelar wartawan secara siaran langsung, penyanyi veteran Datuk Hattan mengambil langkah mendiamkan diri kerana enggan memburukkan lagi keadaan.

Melalui laporan Kosmo, Hattan berkata disebabkan kontroversi ini berlaku, dia dapat mengenali siapa kawan dan lawannya di dalam industri seni.

image is not available

Hattan turut meluahkan rasa syukur kerana kerjayanya sebagai anak seni sama sekali tidak terjejas biarpun terpalit dalam isu hangat.

Apa yang berlaku tempoh hari buat saya kian kenal ramai rakan sebenarnya suka tikam belakang.

Bertanya berkenaan dirinya menerima kecaman yang hebat, penyanyi berasal dari Negeri Sembilan ini memberitahu mentalnya dalam keadaan baik dan akan mengeluarkan kenyataan apabila situasi sudah reda.

image is not available 2 hari lalu

"Itu Karma, Dulu Mengata I Macam Macam Kan!" - Ifa Raziah 'Sekolahkan' Hattan Balik?

View Original Article