“Saya Malu Bila Dia..” – Mesra Pegang Tangan, Bae Inhyuk Jawab Gosip Bercinta Dengan Lee Seyoung

Entertainment
10 Jan 2024 • 11:20 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas 12 episod, drama “The Story of Park’s Marriage Contract” telah pun melabuhkan tirainya.

Sebelum ini, pelakon utama drama itu iaitu Bae In-hyuk dan Lee Se-young telah terpalit dengan khabar angin percintaan, dek kemesraan mereka ketika di ‘2023 MBC Drama Awards’.

Mengenai ini, pelakon lelaki itu menjelaskan dalam satu temu bual,

Mereka memberitahu kami untuk duduk lebih dekat antara satu sama lain semasa pengenalan video jadi kami melakukannya. Saya agak malu apabila dia memegang tangan saya tetapi saya fikir kami harus melakukannya kerana kami telah dicalonkan untuk ‘Pasangan Terbaik’ di majlis tersebut.

image is not available

Kemudian, ketika ditanya sama ada mereka ada berbual mengenai khabar angin yang tercetus itu, Bae In-hyuk menjawab,

Kami tidak menyebutnya tetapi saya tidak fikir ia sesuatu yang buruk. Sebaik sahaja mendengar khabar angin itu, saya seperti ‘Tiba-tiba? Apa?’. Saya menganggap penonton sangat menyukai keserasian Yeon-woo dan Tae-ha. Saya tidak merasakan ia sesuatu yang buruk. Ia agak menyeronokkan.

Lepasni mesti rindu nak tengok mereka berlakon bersama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.