'Saya mampu lakukan apa sahaja termasuk berlakon' - Jojo

LocalEntertainment
29 Sep 2024 • 4:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo mendedahkan dia mampu melakukan apa sahaja selain daripada bertarung dalam gelanggang mahupun bertempur dengan bintang ternama dunia.

JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali Jojo mendedahkan dia mampu melakukan apa sahaja selain daripada bertarung dalam gelanggang mahupun bertempur dengan bintang ternama dunia.

Ketika sesi perkongsian dalam program Khabib Nurmagomediv, The Path Of A Champion itu, atlet kelahiran Sarawak itu menegaskan daya pemikiran adalah perkara paling penting untuk melakukan apa sahaja.

"Sekiranya saya meninggalkan Muay Thai, saya tetap membuat yang terbaik dalam bidang yang berbeza dengan syarat haruslah mempunyai 'mindset' yang hebat.

"Secara jujurnya, saya takkan menghabiskan seumur hidup saya menyertai Muay Thai.

"Seperti Khabib pada usia 29 tahun sudah mencapai kesemuanya dan meninggalkan arena pertempuran. "Mungkin saya akan mengikuti langkah yang sama dan menceburi bidang lakonan?," katanya. - Stadium Astro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved