
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata beliau masih ahli Umno.
“Saya tidak menerima sebarang berita daripada pihak pengurusan Umno,” katanya ketika ditanya mengenai statusnya dalam Umno.
Pertanyaan itu diajukan selepas Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan, di sini, Rabu, berkata dua pelantikan menteri baharu termasuk Timbalan Ketua Menteri, tidak mewakili Umno dan tidak diiktiraf oleh Umno Sabah.
