“Saya Masih Ibu Tunggal Dan Kami Tak Duduk Serumah!” – Adira Sangkal Fitnah Bersekedudukan Dengan Bekas Suami

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Adira menyangkal fitnah yang mengatakan dia bersekedudukan dengan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau mesra dipanggil Datuk Red walaupun sudah bercerai April lalu.

Menurut Mstar, Adira menjelaskan, Datuk Red kerap muncul dalam ‘live’ bersamanya semata-mata untuk membantu jualan perniagaan yang diusahakan oleh mereka.

 

Penyanyi itu turut menjelaskan sekiranya Datuk Red datang ke rumah pasti akan ada orang lain dan mereka bukannya berdua-duaan.

Saya masih ibu tunggal dan kami tidak duduk serumah. Dalam rumah saya ada 16 orang semuanya. Jangan risau, selamat.

Saya faham orang akan bercakap tapi niat saya hanya bantu jualan sahaja atau muncul sekejap bila dia datang rumah jumpa anak-anak.

Adira turut berkata dia dan bekas suaminya memilih untuk meneruskan hubungan baik demi anak-anak mereka.

image is not available

Jika ada jodoh maka adalah. Jika tiada pun tidak mengapa.

image is not available 1 month ago

“InsyaAllah Kahwin. Versi Datuk Red Yang Sekarang Adalah Paling Terbaik” - Adira Suhaimi