'Saya masih Menteri Besar Perlis' - Mohd Shukri

LocalPolitics
13 Aug 2024 • 11:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Shukri. Foto Bernama

KANGAR - [DIKEMAS KINI] Mohd Shukri Ramli berkata, beliau masih Menteri Besar Perlis dan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Menteri Besar Perlis itu berkata, beliau enggan melayan sebarang isu yang hanya bersumberkan media sosial seperti laman X.

"Saya tidak mahu layan isu yang bersumberkan Twitter (kini X) sahaja. Saya masih memegang amanah sebagai Menteri Besar dan melaksanakan tugas seperti biasa," katanya ringkas kepada Bernama malam ini.

Mohd Shukri mengulas hantaran seorang pengguna X yang mendakwa beliau ‘diarahkan’ untuk letak jawatan. - Bernama