“Saya Masih Sayang Diana, Tanya Diana Apa Masalah Dia” – Farid Kamil Bersuara Isu Rumah Tangga

20 Mar 2023 • 3:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Diana Danielle difahamkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid Kamil, namun sebagai suami, dia enggan melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, pagi ini.

Terbaharu, pihak Gempak telah menemubual Farid untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan katanya, dia amat berharap isu rumah tangga dapat diselesaikan dengan berdamai.

Bahkan, pelakon hebat itu juga berkata dirinya masih menyayangi isteri serta dua orang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia.

Walaupun ketika ini sedang berdepan dengan konflik rumah tangga, Farid akui emosinya sama sekali tidak terganggu dan masih fokus mencari nafkah dengan sibuk di lokasi penggambaran.

Sekadar info, sehubungan Farid Kamil enggan melafazkan talak, Hakim Syarie iaitu Syukran Yusof memerintah pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

image is not available 3 jam lalu

Tiada Persefahaman & Perbalahan Berpanjangan Punca Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak