“Saya Masih Suami Orang Cuma Kami Tak Lagi Sebumbung” – Enggan Ulas Konflik Rumah Tangga, Hafiz Suip Harap Dapat Berpisah Cara Baik

LocalEntertainment
20 Jan 2025 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Hafiz Suip enggan berkongsi mengenai konflik yang berlaku di dalam rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah yang kini dalam proses berpisah.

Menurut OhBulan!, Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip enggan berbuat demikian kerana mahu memberi sepenuh tumpuan kepada persiapan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung kurang sebulan sahaja lagi.

Bila nak dekat dengan Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) ini kalau boleh saya nak berikan fokus sepenuhnya.

image is not available

Kalau saya bahaskan isu peribadi ini saya takut ia akan mengganggu perjalanan proses nanti.

 

Apa yang boleh saya katakan ialah kami sedang menunggu hal berkaitan dengan mahkamah. Buat kami, saya doakan semuanya berjalan dengan lancar, tak adanya persengketaan dan berpisah dengan cara baik.

Walau bagaimanapun, penyanyi itu berharap agar urusannya berjalan dengan lancar dan tiada perbalahan bersama isteri.

image is not available

Apa yang saya boleh cakap ialah saya masih lagi suami orang cuma kami tidak lagi sebumbung dan dalam proses untuk berpisah.

 

Pada saya, ini adalah ujian yang saya perlu terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu ini agak berat tetapi saya belajar untuk bersyukur dalam apa jua keadaan.

Dalam pada itu, dia akui kedua-dua anaknya akan terkesan dengan perpisahan yang bakal berlaku namun dia memberi jaminan dia akan sentiasa bersama mereka dalam apa jua keadaan.

Terdahulu, Hafiz melaporkan dirinya dan isteri sudah tidak lagi sebumbung dan dalam proses untuk berpisah.

Kata Hafiz, dia dan isteri masih berbincang tentang hak penjagaan anak sekiranya mereka ditakdirkan berpisah kelak.

image is not available 2 weeks ago

Dalam Proses Bercerai, Hafiz Suip Rela Lepaskan Isteri Cara Baik