“Saya Memang Nekad..” – Datin Red Tak Campur Tangan Dengan Keputusan Cerai Adira, Masih Bertegur Sapa Dengan Suami

18 Mar 2024 • 2:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri pertama kepada Datuk Seri Adnan iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim mengakui perceraian dirinya dan suami bukan dikeranakan isu kewangan sebaliknya disebabkan itu jalan yang terbaik bagi mereka berdua.

Bertekad untuk berpisah

Menurut Sharifah atau digelar Datik Red ini menepis dakwaan ingin berpisah kerana masalah kewangan Datuk Red. Sebaliknya, ia adalah keputusan yang dibuat untuk kebaikkan mereka berdua. Tambahnya, walau apa pun dia masih bernekad untuk bercerai.

Tidak ada kena mengena dengan isu Datuk Red tengah susah. Macam saya cakap, ini bukan keputusan saya tapi ia jalan terbaik.

 

Saya memang nekad untuk berpisah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

Masih bertegur sapa di rumah

Dalam pada itu, madu kepada penyanyi Adira Suhaimi ini turut menjelaskan keputusan memfailkan kes cerai kepada Datuk Red itu bukan dirancang bersama Adira. Katanya itu juga keputusan yang dibuat oleh Adira sendiri.

Selain itu, Datin Red ini memberitahu Datuk Red masih pulang ke rumah seperti biasa namun tidak pernah membahas tentang isu perceraian dan anak-anak mereka juga belum mengetahui tentang hal tersebut.

Saya tak boleh cakap banyak. Itu saja boleh kongsi. Saya dan Adira tidak sepakat. Itu keputusan dia.

 

Dia balik saja rumah tapi kami tak pernah bincang mengenai perkara ini. Kami masih sebumbung dan bertegur sapa seperti biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Terdahulu, Datin Red telah memfailkan perceraian pada Datuk Red pada hujung Januari lalu dan Adira juga turut sama memfailkan perceraian pada 25 Oktober lepas.

image is not available 21 hours ago

"Tuntutan Cerai Ini Bukan Keputusan Saya" - Isteri Pertama Datuk Red Nafi Cerai Sebab Suami Jatuh Miskin