“Saya Memang Tak Ambil Tahu Komen Netizen” – Nabil Ahmad Respon Isu Dikecam Buat Lawak Biadab Di Pentas Acara

Entertainment
15 Jul 2026 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pengacara Nabil Ahmad tampil mempertahankan gaya pengacaraannya selepas menerima kecaman kerana didakwa tidak sensitif dan kurang berpendidikan ketika mengendalikan sebuah program hiburan.

Menurut Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 43, orang ramai tidak seharusnya terlalu serius dalam menilai setiap gurauan yang dilontarkan di atas pentas kerana semuanya merupakan sebahagian daripada persembahan.

Advertisement
View this post on Instagram

Katanya, setiap dialog dan usikan yang dibuat ketika mengendalikan sesebuah program telah mendapat persetujuan pihak produksi dan tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi mana-mana individu.

“Bagi saya, semua kena belajar terima bahawa ini sekadar hiburan. Tak payah ambil serius sangat.  Saya pun ada kerja yang perlu dibuat. Pihak produksi setuju dan saya pun setuju. Semua itu memang sebahagian daripada persembahan.”

Mengulas lanjut, penyampai Era FM itu mengakui sengaja mengelak daripada membaca komen di Threads kerana menyifatkan platform berkenaan sebagai terlalu toksik dan tidak memberikan manfaat kepadanya.

“Sebab itu saya tak berminat merujuk apa-apa di Threads kerana pada saya tempat itu sangat toksik dan tidak membina.”

“Saya tak nampak perkara positif di situ. Apa sahaja kandungan di sana lebih menjurus kepada perkara negatif,” ujarnya.

Nabil turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mempunyai akaun Threads, sekali gus membantunya mengelakkan kecaman yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental.

“Mulut Macam Si*l” – Nabil Ahmad Dikecam ‘Bahan’ Peserta Di Big Stage Hingga Air Muka Berubah

“Saya bersyukur tak ada Threads. Saya memang tak ambil tahu sebab nak jaga kesihatan mental. Saya hanya buat kerja saya. Selagi pihak produksi masih beri peluang, saya bersyukur masih dapat terus bekerja dalam industri,” tegasnya.

Dalam masa sama, Nabil menyifatkan publisiti yang diterimanya sebagai perkara biasa dalam dunia hiburan dan tidak perlu diperbesarkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nabil2026-07-13 15:22:32

"Mulut Macam Si*l" - Nabil Ahmad Dikecam 'Bahan' Peserta Di Big Stage Hingga Air Muka Berubah

The post “Saya Memang Tak Ambil Tahu Komen Netizen” – Nabil Ahmad Respon Isu Dikecam Buat Lawak Biadab Di Pentas Acara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved