“Saya Menemukan Kedamaian, Islam Ada Semua” – Peluk Islam Diusia 19 Tahun, Reza Rahadian Kongsi Kisah Jadi Mualaf

23 May 2024 • 1:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa sangka pelakon lelaki popular di Indonesia iaitu Reza Rahadian merupakan seorang mualaf dan terbaru, dia berkongsikan kisah penghijrahannya.

Perjalanan berhijrah

Dalam perkongsiaan yang dibuat ketika duduk di perkarangan Masjid Nabawi, Reza berkata ibunya bersikap terbuka untuk dia memilih agama yang mahu diikuti.

Saya peluk Islam ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani. Saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan.

Susulan itu, aktor terbabit menyedari bahawa agama Islam adalah yang terbaik untuk dirinya kerana mampu memberi ketenangan di dalam hidup.

Islam agama ‘healing’

Tambahannya lagi, agama Islam merupakan agama yang mudah dan ia mampu memberi penyelesaian untuk setiap masalah yang berlaku kepada setiap insan.

Kalau sekarang orang bercakap tentang ‘healing’ dan isu kesihatan mental, dalam Islam ada semuanya.

Sekadar info, pelakon Siksa Kubur itu telah berangkat ke Tanah Suci Mekah pada April lalu bagi mengerjakan ibadah umrah.

image is not available 4 months ago

(VIDEO) Reza Rahadian Dedah Pernah 'Kiss' 15 Aktres Heroin Wanita, Yang Pertama Adalah Bunga Citra Lestari