‘Saya mengecam kejadian yang melibatkan Faisal & Akhyar’ – TMJ

6 May 2024 • 11:03 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam dua kejadian serangan terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

Menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, baginda berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

“Saya berharap agar Polis Diraja Malaysia segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” titah baginda.

Terdahulu,Faisal menjadi mangsa simbah asid sehingga mendatangkan kecederaan serius kepada anggota badan beliau. insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya.

Selangor FC dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya memandang serius insiden yang menimpa Faisal. Susulan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan PDRM dan pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

Akhyar Rashid pula menjadi mangsa samun baru-baru ini di Kuala Terengganu sehingga mengalami kecederaan di kaki. Dalam insiden berkenaan, dia turut kehilangan telefon bimbit dan dompet.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved