“Saya Minta Maaf” – Hadapi Kesukaran, Park Boyoung Menangis Dek Tak Mampu Berbahasa Inggeris

Music
5 Jan 2024 • 1:04 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan mudah kan untuk kita mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa.

Begitu juga dengan Park Bo-young yang akan muncul dalam episod seterusnya “Unexpected Business 3” dan meluahkan kesukarannya untuk berbahasa Inggeris.

Dalam siaran itu, pelakon wanita tersebut muncul di pasar raya dan secara sukarela ingin bekerja sambilan di situ.

Namun ketika sedang menjadi juruwang, Park Bo-young bergelut untuk memberi respon kepada pelanggan yang bercakap dalam bahasa Inggeris dan terus meminta maaf. Dia meluahkan perasaannya,

Saya nak menangis.

Selepas mendengar luahan sedih wanita itu, Cha Tae-hyun terus memujuknya dengan berkata,

Jangan risau tentang bahasa Inggeris hari ini.

Kemudian, pemain golf Park In-bee yang fasih berbahasa Inggeris terus tiba di pasar raya untuk membantu Park Bo-young.

Takpe Park Bo-young, perlahan-lahan ok belajar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article