‘Saya minta maaf’ – Wanita Palestin akui tertekan tak dapat hubungi anaknya di Gaza

6 Oct 2024 • 12:47 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita Palestin yang tular di media sosial kerana membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur baru-baru ini, telah tampil memohon maaf secara terbuka.

Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd Rabbah menyatakan rasa kesal dan penyesalan atas tindakannya itu.

Dalam video permohonan maaf yang dimuat naik di TikTok, Aminah menjelaskan bahawa tindakannya berpunca daripada tekanan emosi kerana tidak dapat berhubung dengan anaknya yang masih berada di Gaza selama seminggu.

@tahreergh

Dengan segala hormat kepada ATM dan semua pihak yang terlibat dalam kes perempuan Palestin yang menjadi viral 2 hari yang lepas di Wisma Putra Malaysia.. saya nak kongsi video perempuan yang sama tapi kali ni content video dia lain sangat dari video yg viral tu .. Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ. Maksud hadis ini adalah: Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat. Hadis riwayat Al-Tirmizi. Ujian besar buat manusia adalah keupayaan untuk memaafkan orang yang membuat salah kepada beliau .. semoga Allah memberi keupayaan ini kepada kami semua.. Walau menjadi apa2 pon, kami rakyat Palestin tetap sayang Malaysia dan rakyat Malaysia.. ikhlas dari hati tahu TahreerGh Gh

♬ original sound – TahreerGh – TahreerGh

“Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Kami sedang melalui situasi yang sangat sulit yang hanya Allah SWT sahaja tahu. Saya seorang ibu kepada tiga anak yang syahid,” katanya.

Aminah turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas layanan baik yang diberikan kepada mereka.

“Serius kamu adalah orang baik, murah hati dan menghormati orang. Saya berterima kasih kerana menerima dan melayan kami dengan baik,” tambahnya.

Aminah adalah antara 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan akibat peperangan dengan rejim Zionis. Kejadian kekecohan itu berlaku kerana kekecewaan selepas tidak diizinkan untuk menginap di luar Wisma Transit Kuala Lumpur.