'Saya mohon maaf. Mungkin kandungan itu tak berapa sesuai' - Fasilitator UiTM Segamat

LocalPolitics
4 Oct 2024 • 8:20 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Permohonan maaf dilakukan wakil fasilitator UiTM Segamat di hadapan pelajar baharu kampus itu.

"Untuk kali terakhirnya, saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

"Pertama kali, mungkin kandungan saya buat itu tak berapa sesuai. Apa-apapun saya mengakui memang itu kesalahan yang kita tak dapat nak nafikan," kata wakil fasilitator Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat menerusi video yang dikongsikan salah seorang pelajar di akaun TikTok @ms.ezad2.

Video permohonan maaf dirakam ketika kumpulan fasilitator dan pelajar baharu berada di padang universiti bertujuan menjernihkan keadaan mengenai isu ‘prank’ yang sedang tular.

Beliau yang mewakili keseluruhan Pemimpin Mahasiswa (PM) sekali lagi memohon maaf atas apa yang telah dilakukan mereka.

"Tindakan ini telah menyebabkan nama PM dan anda semua mungkin sudah tercalar.

"Saya harapkan Minggu Destini Siswa (minggu orientasi) Segamat ini menjadi kenangan untuk anda semua,” katanya lagi.

Menerusi rencana itu, cerita ‘prank’ dilakukan fasilitator UiTM Segamat dilihat memalukan nama universiti tersebut.

‘Prank’ berkenaan sebenarnya sekadar gurauan bagi menyambut hari jadi rakan.

Namun ia tular gara-gara isi kandungannya keterlaluan dan tidak bersesuaian dengan budaya kita.