Selepas melalui dua episod perceraian, vokalis kumpulan OAG, Radhi kini mengakui lebih berhati-hati dalam soal jodoh, khususnya apabila membabitkan perancangan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga.
Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 49, berkata, perkara paling penting sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin adalah mendapatkan sakinah atau ketenangan terlebih dahulu.
AdvertisementView this post on Instagram
Menurutnya, dia tidak mahu memberikan tekanan terhadap hubungan yang sedang dijalinkan dan lebih selesa membiarkan segala-galanya berjalan secara semula jadi.
Kalau nak cakap soal mengenali, kami sudah lama kenal, cuma saya enggan meletakkan sebarang tekanan. Apa paling penting, saya mahu mendapatkan sakinah terlebih dahulu.
Katanya, sekiranya tiada ketenangan dalam sesebuah hubungan, perkahwinan tidak seharusnya dipaksakan.
“Kalau tiada sakinah, tiada gunanya. Kalau kahwin, ini akan jadi perkahwinan ketiga saya. Mawaddah dan rahmah itu datang selepas berkahwin, tetapi sakinah perlu dicari terlebih dahulu.
“Saya juga perlu melihat sama ada dia boleh menerima anak-anak saya dan adakah anak-anak saya mampu menerimanya. Saya sendiri perlu fikir sama ada mampu mengendalikan rumah tangga buat kali ketiga,” katanya kepada HibGlam.
Radhi Tak Mahu Tetapkan Tempoh Soal Kahwin
Ditanya mengenai kemungkinan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, pelantun lagu Generasiku itu mengakui sudah ada perbincangan ke arah tersebut.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Radhi tidak mahu menetapkan sebarang tempoh kerana percaya soal jodoh merupakan ketentuan Allah SWT.
Bukan dalam masa terdekat sangat, mungkin terdekat atau mungkin tidak. Perkara ini kerja Allah. Perbincangan ke arah itu memang ada, tetapi saya tidak mahu meletakkan tekanan.
Malah, dia bersedia untuk mengambil langkah seterusnya sekiranya tiba masanya, termasuk bertemu keluarga wanita berkenaan.
Benda ini tidak menunggu masa. Apabila tiba masanya, saya perlu bersedia untuk berjumpa ibu bapa dia dan berbincang dengan baik. Itu sahaja,” ujarnya pada sidang media 2 Konsert 2 Generasi 2026, semalam.
Anak-Anak Sudah Kenal Wanita Berkenaan Sejak Kecil
Dalam pada itu, Radhi mendedahkan anak-anaknya sudah mengenali wanita berkenaan sejak mereka masih kecil.
Hubungan wanita itu dengan keluarganya juga cukup istimewa apabila pernah mendapat kasih sayang daripada arwah ibu Radhi.
“Anak-anak memang mengenalinya sejak kecil. Tidak mungkin mereka tidak kenal.
Senang cerita, dia sangat disayangi arwah ibu saya. Selepas ibu meninggal dunia, dia antara individu terakhir pernah mendapat kasih sayang daripada ibu.
Namun begitu, Radhi menjelaskan hubungan mereka buat masa ini masih sekadar persahabatan.
“Namun, buat masa ini kami hanya berkawan. Saya ada mengenali beberapa orang lain juga, cuma hubungan dengan mereka tidak sampai ke tahap seperti ini,” kongsinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Guna Suara Bekas Suami Sebagai 'Voice Over', Perkongsian Pelakon Wanita Ini Curi Perhatian Ramai - "Dah Rujuk Ke Korang?"
The post “Saya Nak Cari Sakinah Mawaddah” – Radhi OAG Bersedia Kahwin Kali Ketiga, Namun Tidak Terburu-Buru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

