“Saya Nak Kahwin Dalam Masa 5 Tahun” – Kyuhyun Super Junior

3 Oct 2023 • 12:58 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Apa, Kyuhyun nak kahwin?

Baru- baru ini Kyuhyun telah menarik perhatian ramai apabila membuat penampilan di dalam satu rancangan “Single For Men” bersama- sama dengan Yerin dan Shin Kyu-jin dimana rata-rata penonton terhibur dengan chemistry hebat mereka dengan ahli “Single For Men” yang lain.

 

Kyuhyun yang muncul dengan pakaian yang luar biasa di dalam rancangan itu telah membuatkan semua penonton yang menonton rancangan itu terhibur malah mereka juga mengatakan bahawa pakaian yang dipakai oleh Kyuhyun itu merupakan antara pakaian yang paling meninggalkan impak di dalam sejarah rancangan tersebut.

image is not available

Di dalam rancangan itu, mereka telah membincangkan tentang pelbagai isu dan salah satunya ialah tentang saat seorang lelaki ingin berkahwin. Kyuhyun telah mengejutkan ramai pihak apabila dia mengatakan bahawa dia ingin berkahwin dalam masa lima tahun. Dalam masa yang sama, Kyuhyun juga bercakap tentang impiannya dan mengapa dia bermimpi untuk berkahwin.

Namun, Kyuhyun ketawa apabila seniornya di dalam rancangan itu memberikan nasihat realistik terhadap alam perkahwinan sekaligus menghancurkan fantasi alam perkahwinan yang diidamkan Kyuhyun.

Semoga Kyuhyun dapat capai impian dia untuk berkahwin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.