“Saya Nak Kahwin Di Kanada..” – Son Sukku Dedah Tak Pernah Ada Niat Untuk Berlakon & Menetap Di Korea

3 Feb 2024 • 3:01 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Betul la orang cakap, kadang-kadang apa yang kita rancang tu mungkin bukanlah yang terbaik untuk diri kita.

Baru-baru ini, Son Suk-ku telah hadir sebagai tetamu dalam saluran YouTube ‘channel fullmoon’, bagi mempromosikan drama barunya “A Killer Paradox”.

Dalam rancangan itu, pelakon lelaki tersebut ada juga berkongsi bahawa pada awalnya, dia tidak pernah mempunyai rancangan untuk tinggal di Korea.

Kongsinya,

Saya pada asalnya tidak berhasrat untuk menetap di Korea. Saya bercadang untuk tinggal di Kanada, menjadi pelakon teater dan berkahwin di sana. Tapi, ibu bapa saya benar-benar menghalang saya.

image is not available

Sambung pelakon “My Liberation Notes” itu lagi,

Saya kembali ke Korea dan saya mempunyai perasaan bahawa ianya terasa ‘betul’ untuk tinggal di sini. Sebenarnya, saya sentiasa rasa saya adalah orang asing bila saya duduk di Kanada tetapi bila saya datang ke Korea, saya rasa selesa untuk hidup di kalangan orang seperti saya.

Rezeki Son Suk-ku memang kat Korea kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.