‘Saya nak pi kedai’. Kanak-kanak 6 tahun memandu bawa adik 3 tahun di Langkawi, ini kronologinya

10 May 2023 • 10:29 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

‘Saya nak pi kedai’. Kanak-kanak 6 tahun memandu bawa adik 3 tahun di Langkawi, ini kronologinya

SELALU kita hanya mendengar kisah kanak-kanak memandu terjadi di luar negara, kali ini perkara itu berlaku di Malaysia.

Baru-baru ini tular video kanak-kanak enam tahun memandu di Langkawi. Lebih mengejutkan kanak-kanak berkenaan yang memandu Toyota Vios berona putih turut membawa bersama adiknya yang berusia tiga tahun!

Malah beberapa video dikongsi warga maya di laman sosial memaparkan pemanduan kanak-kanak berkenaan yang berakhir dengan kemalangan akibat terbabas.

Apabila ditanya orang awam yang membantu, kanak-kanak lelaki itu menjelaskan mahu ke kedai.

image is not available

“Saya nak pi kedai,” katanya.

Berikut adalah kronologi kejadian:

1-Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan kanak-kanak itu memandu dari rumahnya di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka.

2-Kanak-kanak berkenaan memandu lebih kurang 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi.

3-Dalam kejadian, kanak-kanak itu mengalami cedera pada bahagian dagu.

4-Manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

5-Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan.

image is not available

6-Difahamkan ketika kejadian bapa dua beradik itu sedang tidur. Pada mulanya ibu ada bersama mereka sebelum ke bilik air.

7-Selepas ibunya dari bilik air, beliau mendapati kedua-dua anaknya itu sudah tiada di dalam rumah.

8-Susulan kemalangan, kenderaan yang dipandu kanak-kanak tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bumper hadapan sebelah kiri.

9-Keadaan tempat kejadian adalah gelap dan jalan lurus.

10-Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Warganet memberikan pelbagai reaksi menyaksikan perkongsian video berkenaan di laman sosial. Rata-rata bersyukur dua beradik itu ditemui selamat walaupun terbabas.

– “Kita pasti terlepas pandang bahawa ALLAH dah atur cantik perjalanan adik ni. Mesti ALLAH telah hantarkan malaikat untuk menjaga adik ni.

– “Syukur selamat. Adik , akak pun tak berani bawak kereta lagi sekarang ni .”

– “Uihhh dik, makcik dulu umur 20 baru berani pegang stereng kereta.”

April lalu, tular kanak-kanak berusia 12 tahun didakwa memandu menaiki bas persendirian di Singapura selama kira-kira lima jam pada awal pagi.

Pada tahun 2020, seorang kanak-kanak 11 tahun di Louisiana, Amerika Syarikat dilaporkan memandu sebuah bas yang dicuri. Kanak-kanak berkenaan sempat memandu selama 45 minit sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved