“Saya Nak Sangat Dedah Lelaki Itu Tapi…” Individu Dakwa Hamil Anak Artis Bimbang Untuk Dedah Siapa Dalangnya

Entertainment
13 Jun 2023 • 3:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
individu

Baru-baru ini, tular individu yang telah mendakwa dirinya sedang hamil anak seorang artis dan sehingga kini masih belum diketahui siapakah identiti lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di TikTok individu yang menggelar dirinya sebagai HatiBushuk atau @shrimpippy8621p, perkara yang mengahalang dia untuk berbuat demikian adalah perasaan takutnya.

Saya nak sangat mendedahkan siapa lelaki itu tapi saya sangat takut”.

image is not available

Sebelum ini, individu berkenaan pernah tampil memohon maaf dan memaklumkan dakwaannya terhadap artis lelaki itu adalah tidak benar dan terus memadam kesemua hantaran tentang perkara yang berlaku.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga netizen masih lagi tertanya-tanya sama ada perkara yang dinyatakan individu ini benar atau hanya rekaan semata-mata.

image is not available

image is not available

image is not available

Tambahan, ada juga yang mendakwa wanita tersebut diugut oleh pihak lelaki berkenaan sehingga dia menarik semula kenyataanya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.