“Saya Nak Sangat Kahwin..” – Kim Jongkook Sukarela Ingin Jadi Kekasih Im Soohyang?

19 Oct 2023 • 2:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sudah berusia 33 tahun kini, Im Soo-hyang pastinya ada terfikir untuk menamatkan zaman bujang.

Terbaru pada 18 Oktober, Im Soo-hyang, Han Hye-jin dan Park Ha-sun telah tampil sebagai tetamu dalam program “Problem Child in House”.

Dalam siaran itu, Im Soo-hyang ditanya tentang pendapatnya mengenai perkahwinan. Respon pelakon wanita itu,

Ia kedengaran bagus. Saya benar-benar mahu berkahwin. Patut ke saya cuba menghubungi kembali bekas teman lelaki saya?

Ketika diminta untuk memberi ucapan buat bekas kekasihnya, Im Soo-hyang terus memandang ke arah kamera lalu berkata,

Apa khabar? Saya sedang berlatih teater sekarang. Kalau tolong hantarkan bekal makanan tengahari pun ok juga..

image is not available

Mendengar ucapan wanita itu, Kim Jong-kook sebagai ahli tetap program itu terus mencelah,

Saya boleh sediakan bekal makanan tengahari untuk awak.

Sambung Im Soo-hyang mengenai bekas teman lelakinya tersebut,

Ia hanyalah cinta lama.

Semoga ada pasangan yang sesuai buat Im Soo-hyang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved