“Saya Ni Orang Yang Jahil” – Kongsi Detik Berhijrah, Shamsul Ghau Ghau Jadi Inspirasi

14 Nov 2022 • 3:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Shamsul Ghau Ghau merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri selebriti tempatan. Akhir-akhir ini, pelawak itu dikhabarkan mula menyepi dalam dunia hiburan dan lebih mendekatkan diri kepada penghijrahannya.

Terbaru, Shamsul dikatakan telah berkongsi dengan orang ramai mengenai momen permulaan hijrahnya dalam satu ceramah di sebuah majlis ilmu.

Lupa cara baca Al-Quran

Shamsul berkata bahawa detik penghijrahannya bermula ketika dia menunaikan umrah buat kali kedua. Ketika menikmati pemandangan Kaabah, seorang anak kecil membaca Al-Quran bersebelahannya dan ini mewujudkan perasaan malu ke atas dirinya kerana sudah lupa cara untuk membaca kitab suci itu.

Saya duduk dekat atas tangga tu sambil tengok Kaabah. Dapat dua puluh rahmat saya pandang Kaabah. Tanpa disedari, Allah persoalkan dalam kepala saya macam-macam perkara berkenaan akhirat. – Shamsul Ghau Ghau

Rata-rata komen daripada warganet juga kagum dan terinspirasi daripada kisah yang diceritakan daripada pelawak itu.

image is not available

image is not available

Semoga kita semua juga dapat berhijrah dan beristiqamah seperti yang diceritakan oleh Shamsul.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article