“Saya Ni Taknak Famous Kan Orang Yang Tak Perlu…” – Eiza Terpaksa Tinggal Di Banglo Sebab Amir Syafiq Berhutang, Ini Respon Shila Amzah…

6 Nov 2023 • 4:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Shila Amzah berkata dia enggan menerima apa sahaja alasan wanita bernama Eiza untuk menetap di banglo miliknya di Hulu Langat.

Kata penyanyi berusia 33 tahun itu, dia mempunyai hak untuk membuat keputusan memandangkan Shila merupakan pemilik tunggal kediaman tersebut.

Secara sah, rumah itu adalah milik siapa? Saya tidak ada kaitan apa-apa dalam hal ini (berhutang).

Saya tiada kaitan dengan dia (Eiza) jadi seandainya dia beritahu saya tentang hutang itu, boleh juga saya pertimbangkan. Tetapi tetap juga saya tidak akan mengizinkan dia duduk rumah saya

image is not available

Sebelum ini, Eiza memberi penjelasan dan mendedahkan adik Shila, Amir Syafiq berhutang dengannya sebanyak RM150,000 dan masih belum dilunaskan sehingga hari ini.

Dalam pada itu, Shila turut berkata dia enggan memberi ulasan tentang perkara ini kerana akan memberikan wanita berkenaan publisiti.

Saya ni, tak mahu famous kan orang yang tidak perlu. Hari itu saya suruh dia keluar rumah memang patut pun dia kena keluar rumah. Saya ni dah lama bersabar, dah penat. Kalau nak bercerita lagi banyak sebenarnya.

image is not available

Shila turut akui tidak lagi mahu ambil tahu apa -apa tentang Syafiq kerana sebelum ini adiknya itu tidak pernah terlibat dalam apa-apa keputusan penting dalam urusan keluarga.

image is not available 22 hours ago

"Saya Dikecam Teruk Oleh Netizen Sebab Fitnah Dibuat Shila" - Wanita Nafi Kekasih Amir Syafiq, Tampil Beri Penjelasan Sepenuhnya