“Saya Paling Kesian, Seolhyun Paling Untung” – Choa Dedah Sebab Sebenar Tinggalkan AOA

Music
29 Aug 2023 • 10:55 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dahulu merupakan antara kumpulan wanita yang disegani ramai namun AOA sepertinya hanya tinggal kenangan sahaja kini.

Dalam episod terbaru “No Back Tak Jaehoon”, Choa yang merupakan bekas ahli kumpulan itu telah berkongsi pelbagai cerita termasuklah kisah disebalik pengunduran dirinya dari AOA,

Saya orang pertama yang tinggalkan kumpulan itu, namun saya masih menyokong adik-adik lain.

Komen Tak Jae-hoon,

Awak merasakan seperti penjenayah? Kalau tak, kenapa bertindak sebegitu? Ahli lain juga keluar satu persatu. Bukankah AOA tak aktif kini?

image is not available

Apabila ditanya siapakah yang paling popular dalam kumpulan itu, jawab Choa tanpa teragak-agak,

Seolhyun mungkin ahli yang paling beruntung.

Ketika ditanya mengenai ahli yang paling malang, jawabnya,

Saya merasakan saya yang paling kesian hari ini. Terlalu banyak perkara yang sukar diluahkan kini dan saya tak tahu bagaimana menguruskan kesusahan dan kesukaran. Kalau cakap salah nanti, saya akan berehat lama.

image is not available

Dalam pada itu, Choa juga menafikan khabar angin mengatakan bahawa dia meninggalkan AOA kerana mahu berkahwin dengan lelaki yang pernah digosipkan dengannya dahulu. Jelasnya, mereka hanya ‘ssome’ (teman tapi mesra) ketika khabar angin itu tersebar dan ianya bukan sesuatu yang serius.

Sayang AOA tak aktif lagi..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article