“Saya Panas Baran Sebab..” – Didakwa Bersikap ‘Kekwat’, Lee Seunggi Mohon Maaf

Music
26 Oct 2023 • 2:53 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Setiap orang pastinya tidak akan lari dari melakukan kesilapan, kan?

Terbaru pada 26 Oktober, program hiburan “Sing Again 3” telah mengadakan sidang media, yang dihadiri seperti juri Yoon Jong-shin, Yim Jae-beom, Baek Ji-young dan Lee Seung-gi sebagai pengacara.

Dalam acara itu, Lee Seung-gi ada menyebut soal kontroversinya pada September lalu, kerana dipercayai bersikap ‘kekwat’ seperti menyusahkan penaja dan kurang memberi layanan mesra kepada peminat ketika konsertnya di Amerika Syarikat.

Mengenai ini, lelaki itu berkata,

2023 adalah masa untuk saya lebih teguh. Saya memanjakan diri saya dari dalam. Saya menjadi seorang yang pemarah kerana beberapa faktor luaran. Saya minta maaf kerana membuatkan peminat dan orang berkenaan letih. Saya semakin matang dan kuat selepas melalui semua pengalaman ini. Saya harap awak akan sentiasa memerhati saya.

image is not available

Sambungnya lagi,

Saya tidak akan menggunakan program ini sebagai cara untuk mengatasi apa yang telah berlaku setakat ini. Peserta yang terdesak, ahli ‘Sing Again’ akan muncul. Saya akan memainkan peranan sebagai jambatan untuk menyampaikan semangat mereka dengan berkesan.

Semoga kejadian seperti ini tak berlaku lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved