“Saya Pegang Prinsip Berani Kerana Benar” – Syed Saddiq

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 3:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Saya Pegang Prinsip Berani Kerana Benar” – Syed Saddiq

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya dapat menarik nafas lega selepas Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak rayuan pendakwaan sekaligus memutuskan beliau bebas sepenuhnya daripada kesemua sabitan berhubung empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Syed Saddiq menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu pengajaran untuk sentiasa mempertahankan kebebasan dan keadilan dalam instituasi kehakiman negara.

Ramai Orang Sekeliling Terkesan Sepanjang Kes Pengubahan Wang, Termasuklah Kerjaya Politik – Syed Saddiq

Beliau semasa ditemu bual media di Istana Kehakiman usai prosiding berkata, perjalanan kes yang perlu ditempuhi sejak enam tahun lalu itu bukan saja memberikan kesan terhadap dirinya tetapi juga orang sekeliling termasuk ibu bapa, keluarga, rakan serta kerjaya politiknya.

“Apabila saya mengimbau semula permulaan enam tahun lalu, sejak awal sebelum diheret ke mahkamah dan ketika masih pada peringkat siasatan, saya tidak takut, tidak menggunakan jalan pintas serta tidak minta layanan istimewa kerana saya tahu berada di pihak yang benar.

“Saya tidak melakukan kesilapan. Saya berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar’ dan kerana pegangan itu, ia membawa kita semua kepada hari ini. Enam tahun itu sangat lama, bukan setakat membawa kesan ke atas diri saya tetapi juga ibu bapa, keluarga, kawan-kawan, sahabat dan dunia politik,” kongsinya, dipetik Berita Harian.

Institusi Kehakiman Yang Adil Tempat Terakhir Bagi Rakyat Tanpa Kuasa Dapatkan Pembelaan – Syed Saddiq

Ulasnya lagi, keputusan diterima turut mengingatkannya bahawa institusi kehakiman yang bebas serta adil menjadi harapan terakhir rakyat biasa, lebih-lebih buat mereka tanpa kuasa mendapatkan pembelaan serta keadilan buat diri sendiri.

“Di sebalik ujian terbabit, apa yang berlaku hari ini mengingatkan saya betapa pentingnya kita mempertahankan institusi keadilan negara yang terulung dan teragung, iaitu institusi kehakiman.

“Apabila institusi kehakiman itu bebas dan adil, di situlah tempat terakhir bagi rakyat biasa yang tiada kuasa, untuk mendapatkan pembelaan,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Kekal Bebas Tuduhan Rasuah & Pengubahan Wang, Keputusan Majoriti Panel Hakim 2-1

Syed Saddiq Mahu Terus Tabur Bakti Kepada Malaysia

Tambah bekas Presiden MUDA itu, beliau berharap agar dapat terus berkhidmat kepada rakyat serta negara selepas ini.

“Sejujurnya, ini bukan mengenai saya kerana ada ratusan dan ribuan lain yang sudah berjuang serta berkorban untuk masa depan negara.

“Harapan saya sedikit sebanyak selepas keputusan ini, saya dapat terus menabur bakti kepada negara tercinta,” katanya.

Syed Saddiq Syukur Bella Astillah Setia Bersama Walaupun Sebelum Ini Masih Seorang Pesalah

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan buat ibu bapa dan keluarga yang telah melalui tempoh sukar sepanjang kes berlangsung termasuklah tunangnya, selebriti dan penyanyi, Bella Astillah yang berada di sisi meskipun beliau masih berdepan prosiding mahkamah dan belum dibebaskan sepenuhnya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada keluarga khususnya Mama dan Abuyah, saya fikir ramai tahu apa yang mereka lalui selama ini.

“Terima kasih juga kepada tunang saya, Bella yang setia bersama. Bukan mudah ya kerana sebelum dia bersama saya, saya merupakan salah seorang pesalah di mahkamah. Sumbangan dan jasa dia saya tak lupa,” titipnya.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Baca Artikel Berkaitan: Syed Saddiq, Bella Astilah Berbaju Melayu & Kurung Tawan Gunung Kinabalu Curi Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mahu Elak Agenda Politik, Masjid Tak Luluskan Majlis Solat Hajat & Doa Selamat Syed Saddiq [Video]

2 Panel Hakim Dapati Tiada Kesilapan Undang-undang Sebelum Ini Berhubung Kes Syed Saddiq

Pagi tadi (13 Julai), bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak rayuan pendakwaan.

Menerusi keputusan majoriti 2-1, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat bahawa Mahkamah Rayuan tidak melakukan sebarang kekhilafan apabila membenarkan rayuan Syed Saddiq pada Jun tahun lalu.

Che Mohd Ruzima dan Sequerah mendapati tidak ada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah yang dikeluarkan sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Bersalah 4 Pertuduhan, Bakal Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta & 2 Sebatan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved