“Saya Penat Menyimpan, Tak Berbaik Pun Takpe!” – Diminta Diamkan Diri, Abby Abadi Akui Kecewa Dengan Norman Hakim

Entertainment
18 Mar 2024 • 9:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas bekas suami meminta Abby Abadi berhenti daripada berkongsi isu keluarga di media sosial, pelakon itu membalas semula komen Norman Hakim dan tidak mendiamkan diri.

Sangat kecewa dengan Norman

Menurut Abby dalam komen yang ditulis, dirinya sangat kecewa dengan tindakan Norman yang seakan-akan lepas tangan dengan isu yang sedang berlaku terhadap anak mereka, Marissa Dania.

image is not available

Ia kerana Abby merasakan isu yang berlaku ini bukanlah hal kecil dan perlu diselesaikan dengan kadar segera agar orang ramai berhenti dari bercerita.

Dah ‘penat’ simpan perasaan

Dalam pada masa yang sama, aktres itu turut berkata sudah ‘penat’ menyimpan perasaan dan kali ini dirinya sudah tidak dapat tahan lagi kerana kesiankan nasib anaknya yang terus-menerus dikecam hanya kerana tiada siapa menceritakan hal sebenar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Bahkan dia turut sempat berkata kepada Norman tak perlu berbaik dengannya dan selesaikan hal sepatut yang patut diselesaikan terlebih dahulu iaitu mengenai Marissa.

Sekadar info, Abby sebelum ini menghadirkan diri ke beberapa podcast menceritakan kisah tentang anaknya berkahwin di Thailand.

image is not available 3 hours ago

"Tak Semua Benda Kena Kongsi" - Didakwa Lepas Tangan Isu Marissa Dania, Norman Hakim Minta Abby Abadi Henti 'Buka Pekung' Keluarga