“Saya Pergi Restoran..” – Isteri 14 Tahun Lebih Muda, Daniel Henney Kongsi Pertemuan Pertama Dengan Ru Kumagai

1 Feb 2024 • 10:19 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas berkahwin dengan pilihan hatinya, kehidupan Daniel Henney nampaknya makin bahagia kini.

Baru-baru ini, Daniel Henney dan Noh Sang-hyun telah muncul dalam program JTBC “Actors Club”, di mana mereka berdua bertemu di California, Amerika Syarikat.

Ketika sedang berborak, Daniel Henney ada ditanya bagaimana dia mula-mula bertemu dengan isterinya iaitu Ru Kumagai. Kongsi lelaki itu,

Ia sudah agak lama dahulu. Saya telah putus dengan teman wanita saya ketika itu.

Sambung pelakon “Confidential Assignment” itu lagi,

Kemudian, saya kebetulan pergi ke satu restoran ini dan dia bekerja di situ. Saya sangat menyukainya, jadi saya asyik terus pergi ke restoran itu.

image is not available

Bagaimanapun, perkongsiannya habis di situ, membuatkan penonton tertunggu-tunggu episod seterusnya program tersebut untuk mendengar cerita penuh dari Daniel Henney.

Alahai, baru dengar sikit pun dah bersemut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article