
Terbaru, pelakon sensasi, Hafidz Roshdi memaklumkan dirinya sudah mempunyai masalah kesihatan mental, Bipolar sejak tiga tahun lalu.
Sewaktu ditemubual oleh sebuah portal, Hafidz atau nama sebenarnya, Mohammad Hafidz Roshdi berkongsi bahawa dia kini sedang mendapatkan rawatan susulan di Hospital Shah Alam untuk masalah kesihatan mentalnya.
Katanya lagi, dirinya masih aktif dalam dunia lakonan biarpun kini sedang dalam perbicaraan berhubung dakwaan memukul isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
View this post on Instagram
Saya sudah rujuk dengan pihak hospital untuk masalah kesihatan mental saya iaitu Bipolar sejak tiga tahun lalu.
Dalam pada itu, Hafidz berharap agar keputusan positif mengenai dakwaan memukul itu berpihak kepadanya.
Sekadar info, hari ini pihak mahkamah telah menetapkan 6 dan 7 Februari 2024 bagi perbicaraan semula untuk kes ini.
Kes Tumbuk Isteri, Peguam Hafidz Roshdi Mohon Kaji Balik & Semak Semula Pertuduhan
The post “Saya Perlu Dapatkan Rawatan & Preskripsi Ubat” – Hafidz Roshdi Hidap Bipolar Sejak Tiga Tahun Lalu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




