‘Saya pernah telangkupkan anak, terbayang nak letak racun dalam susu’ – Pengadu kongsi pengalaman sewaktu meroyan

Family & Parenting
22 Jan 2024 • 1:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Setiap wanita yang melalui proses kehamilan berdepan dengan kesukaran dari segi kesihatan mental dan fizikal. Setelah melalui proses kehamilan pula, fasa berpantang yang juga disifatkan sebagai satu fasa mencabar juga perlu dilalui.

Satu luahan daripada seorang pemanggil di sebuah stesen radio mengundang sebak ramai. Pengadu mendakwa semasa tempoh kehamilan anak pertama, dia tidak menjaga segala pantang larang. Semasa dalam pantang, dia juga mendakwa dirinya meroyan. Ketika dalam tempoh tersebut, dia dijaga oleh ibu mertuanya.

“Semasa berpantang, anak saya menangis, saya telengkupkan anak saya dalam keadaan berbedung. Saya nampak tapi saya tak dapat nak kawal diri saya. Tapi saya sempat terbalikkan dia semula.

@suriamalaysia

Semoga ibu-ibu diluar sana sentiasa diberikan kekuatan hadapi semua cabaran lepas menimang cahaya mata @surayaborhan @fadbocey #suriamalaysia #morningmorningsuria

♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

“Saya tak ada memori berpantang anak pertama,” katanya.

Kesan tersebut katanya seingga dia melahirkan anak kedua dan ketika itu dia mula menyedari diriya yang sebenar. Menganggap itu semua satu pengalaman, kelahiran anak kedua mendapat kerjasama sebaiknya dari suami.

Bagaimanapun katanya, ada juga perkara-perkara negatif yang bermain di fikirannya.

“Hari-hari kat rumah saya bayangkan saya gantung diri dengan anak saya kat grill.

“Saya pernah bayangkan nak letak racun paraquat dalam susu anak-anak.

“Bayangkan benda tu terjadi satu hari nanti, saya takut. Saya tak nak buat, tapi benda tu datang sendiri,” katanya.

Wanita ini juga mengakui dia tiada masalah tekanan namun mempunyai masalah anxiety yang masih terkawal. Dia juga berkongsi pernah terbayangkan untuk memandu secara laju dan mati bersama anak-anak.

Dalam pada itu, dua penyampai radio Fad dan Suraya menasihati pengadu supaya dekatkan diri pada Tuhan dan sentiasa bersama dengan keluarga terdekat agar kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Sumber: Suria FM

View Original Article