Saya pun tertakluk kepada TCO, semua orang kenamaan ada – PM Anwar

LocalPolitics
11 Apr 2025 • 2:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau turut tertakluk kepada penguatkuasaan dan tindakan Travel Control Office/Order (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan Buletin TV3, bukan beliau sahaja tergolong dalam TCO malah, orang kenamaan turut berada di kelompok yang sama.

Tertakluk kepada TCO

image is not available

“Saya pun ada (tertakluk kepada tindakan TCO), semua VIP (kenamaan) ada,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas program Meet Anwar @IIUM di sini hari ini.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mendakwa dirinya dilabel bawah TCO dan talian telefonnya turut dipintas.

Tertakluk kepada TCO

image is not available

Malah, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail turut menjelaskan bahawa tiada keperluan intip pergerakan Ahmad Samsuri sebaliknya pergerakan beliau ditemani oleh pihak berkuasa atas tujuan keselamatan.

Sumber: Buletin TV3